Isnin, April 06, 2009

Hari Persembahan.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu dah pon tiba, Ceh, tak tunggu pon.. saje je.. Tapi, Betol la, Hari presentation dah tiba, dan kebanyakan pelajar yang mengambil subjek Illustrasi hari nie agak ketakutan, sebab kekurangan idea dan tak ready lagi nak present. Sebab tempoh pemberian assignment, dan tempoh presentation hanya 4 hari je. Kesian kiterang kan...

Apa Apa pun, Kami semua dah lakukan yang terbaik, dan berikut merupakan berberapa tips untuk membuat presentation dengan baik(berdasarkan pemerhatian saye) =P
  1. Jangan lupa Save sebagai format yang boleh dibaca oleh komputer yang disediakan.

    ade banyak gak la cabaran ketika membuat presentasi nie, antaranya mungkin, komputer yang disediakan ialah Windows XP, dan menjadi masalah plak la kalo korang ada komputer yang lebbih canggih ( Vista, Mac Dll) =P, Jadi untuk kepentingan bersama, Pastikan File yang korang save tue, boleh dibaca kat komputer yang lebih lama

  2. Jangan gunakan teks yang banyak.

    Dah jadi macam trend pulak bila seseorang tue buat teks bebanyak kat skrin, Bukannya apa, Kite fikirkan secara logik la kan, Kalau teks banyak, Dan dimuatkan pulak dalam satu slide, memang sakit la mata orang yang nak mendengar, dan ianya memberikan mindset kepada Pensyarah yang korang bukannya "Karang" teks tu sendiri, tapi copy-paste dari Wikipedia, pastu translate jer.

  3. Jangan baca dari Skrin

    Dah la teks kat skrin tu banyak, Presenter tu plak baca dari skrin. apa yang akan terjadi, Orang yang duduk kat barisan belakang akan tidur... Plan presentation tu dengan baik, Pastikan siapa baca apa, Cuba hafal fakta fakta yang penting, dan yang paling penting, Cuba untuk tidak membaca dari skrin.. Nie bukannya pertandingan "mari membaca"

  4. Gunakan warna yang Harmoni dan Font yang Jelas

    Kita semua tahu, Perempuan suka kepada warna Pink, Lelaki plak suka warna Merah pekat, Mungkin Si Ahmad, suka warna Biru Cair, Si Ah Chong plak suka warna Hijau daun pisang. Tetapi untuk presentation, Warna bukanlah sesuatu yang penting, Cube la gunakan warna yang harmoni, dan bukan warna yang kontra. Gabungan tulisan Courier bersaiz 9 pt, berwarna Pink, dan background berwarna biru cair, mungkin akan memberikan sahabat sahabat anda Kanser mata tahap ke-5.
Dan, setakat nie je la blog arep pada hari nie, lagi 2 ari, ade kuiz plak.. uishhh.. harap harap la arep berjaya ehk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan