Sabtu, April 18, 2009

Mini-Project Komunikasi Perniagaan

Waaahhh akhirnyer... saat yang ditunggu-tunngu dah pon tiba.. Kertas Cadangan untuk Mini_Projek kitorang (Untuk subjek Komunikasi Perniagaan) Da Siap... da siap Print lagi... thanks lah kepada kak Sabrina kiter... tanpa beliau, siapalah kami... ehek ehek

Jadi, apa projek besar yang kiterang akan buat tue? Jeng Jeng Jeng. Projeknyer ialah membuat aktiviti banner Anti-Dadah. Kitorang akan beli 50 meter kain rentang, dan pelajar pelajar grafik, (serta pelajar pelajar dari course lain) akan melukis kat atas kain rentang tue.

Aktiviti ini bukan sahaja akan memberikan kesan positif terhadap remaja, malah akan merapatkan lagi silaturrahim dikalangan remaja remaja tersebut, begitulah hendaknyer. wahahaha...

Kalau nak diikutkan, nie lah kali pertama arep membuat kertas cadangan secara Professional. yer la.. siap ada belanjawan, siap ada tentatif program.. ada surat rasmi lagi.. mule mule memang takot la kan.. takot salah je.. uish... tapi akhirnyer da siap pon.. tinggal nak hanta jerr.. ehehhee

okeyh lah.. arep nak berehat dan bergembira skang nie.. chow~

Ahad, April 12, 2009

Wall-E

waaaahhh. Akhirnya Assignment Komunikasi Visual dah siap. sebenarnyer, assignment nie senang jerr. Satu hari je pon da boleh siap.. kenape? Sebab assignment nie dah dibuat lebih kurang 2-3 kali dah time sem-sem lepas.

Jadi, Poster ape yang arep gune tok Assignment nie? Mestilah poster Wall-E. Rasenyer tu la cerita yang paling best dan cute penah arep tengok. Dan kalau nak kaitkan poster tu (kat sebelah kiri) dengan assignment nie. Memang ada kaitan. sebab semua elemen komunikasi visual ada.

Ambik contoh la, Elemen Titik. Elemen titik ada kat bahagian atas poster, dier berwarna terang, menghasilkan ruba bintang, dan lain lain. Damtulah contohnyer. Elemen-Elemen nie kire senang la gak. Kalau nak dibandingkan dengan Teori Gestalt . Haaa.. apekebendenyer teori gestalt tue? kalau nak cerita kat sinie, memang takkan habis la. Secara ringkasnyer, Teori nie ialah pasal hubungkait setiap elemen grafik, dengan psikologi Manusia. Lbh kurang macamtu la.

Semua Prinsip gestalt ada dalam poster nie, kecuali Prinsip Closure. Dan prinsip prinsip yang lain, contohnyer Isomorphic Correspondence (I-C) ade. Tu longgokan sampah tu, contoh untuk (I-C) ler. sebab ianya memberikan kita idea bahawa manusia pada zaman akan datang, buang banyak sangat sampah.

Satu assignment da siap. sekarang nie arep cube tinggal print, bind, dan hanta. tapi blom lagi.. arep tetap kene carik Subject matter, untuk kelas Illustrasi esok.. ape yer nak lukis.. adeyhhhh..

Sabtu, April 11, 2009

Dah beli charcoal

waaaa.. Akhirnye selepas berberapa hari mencari kedai yang menjual Compressed Charcoal untuk Assignment Illustrasi isnin nie, Akhirnyer arep berjaya gak menjumpai satu kedai kat Bandar Baru yang ade jual. Tapi masalahnyer pulak. Harga charcoal tu lebih mahal daripada apa yang dijangka 3 hari yang lepas.

Mula mula, Ingatkan sebatang charcoal tu ade la dalam RM0.50, kire murag gile la.. beli sekotak pon boley, pastu, ade classmate arep beli, harga naik da RM3.50 sebatang... ari nie, time arep jumpa, lagi mahal, RM5.00 sebatang.. naseb baek la charcoal tu panjang. kalau ketot.. adehh.. taktau la nak beli ke tak.

Pastu arep ade la kan, cuba cuba nak melukis gune charcoal tue. memang gila punyer susah la. Pegang sket je da kotor, pastu sketch yang dibuat tu pekat nak mampos plak tue. rasenyer kene la gune teknik smudging bebanyak, sampai lebam jari nieh...Charcoal da dapat, kertas da dapat, skang tinggal Subject matter je... hurrrr.. esok arep cube la cari kat luar rumah tue.. hak hak hak.

Skang nie nak cerita pasal Assignment Komunikasi Visual plak. Kiterang semue da ditugaskan untuk mencari satu poster, pastu cerita pasal elemen visual dalam poster tue. senang jerrr.. 2 hari boleh siap. Hantar ari khamis depan, so arep rase buat esok lusa pon boleh.. nak gune poster ape ehk.. rasenyer kalau gune poster Harry Potter pon okeh gak... ummm... Poster Bolt ke.. Poster Wall-E kerr... hak hak hak

Jumaat, April 10, 2009

Adakah anda bosan mandi dirumah?

waaa.. lepas memakan 4 tablet panadol Soluble, da lege sket kpale otak nie.. Bersyukur la.. dapat la jawab kuiz dalam kelas tadi kan... hek hek hek..

Cerita pasal dalam kelas, tadi salah sorang kawan arep, Sabrina, ade bawak contoh charcoal, Compressed charcoal, harga dier RM3.40 sebatang, mak aihh.. mahal gler.. rase kalo RM3.40 boleh buat beli Mc Value meal.. tapi kene tambah sket la.. hua hua hua...Pasal Mini project, Memang dah confirm la kiterang nak gi Sunway lagoon, Idea Abang Bob. Memang best giler idea tue. Dan yang takleh blah, Tajuk mini project kiterang ialah "Adakah anda bosan mandi dirumah???". Plan kiterang nie akan cuba dilaksanakan pada 2 hb Mei, iaitu pada hari sabtu, Transport, Makanan semue dimasukkan sekali dalam pembayaran, lebey kurang 70-80 ringgit.. X3 sebelum final, mesti korang nak rilek rilek jab kan.. wakakaka..

Khamis, April 09, 2009

Demam dan Kuiz

Adoi. Dahlah kepala sakit, ari nie ada kelas plak tue, rasa cam berganda-ganda plak kesakitan yang dirasai, Tapi, apa-apa pon, kelas tetap kelas, nak wat camne kan.. sian saye.

Selain dapat menjawab kuiz yang diberi dalam keadaan yang -agak- tenang, saye juga ada menerima tugasan yang baru, dan Mini project untuk subjek Perniagaan.

Cerita pasal assignment dulu, Okei lar, Saya ditugaskan untuk memilih satu subject matter, Atau satu objek, untuk dilukis menggunakan charcoal, atau arang.. yep. Objek tu pulak, mestilah berasaskan tumbuhan, dan menarik, Tumbuhan-tumbuhan yang biasa, cam Bawang, Halia, Lobak, dah mestilah tak boleh.. jadi.. memang susahla nak memikir dan mencari sesuatu yang unik, dan (tak) senang dilukis.

Hmmm.. rasenyer nie la assignment pertama yang menggunakan arang, tapi, ada lagi satu masalah yang besar. Kitorang takleh pulak lukis atas kertas biasa, kertas tu mestilah berukuran A1, dan bukan kertas pon, tapi satu kadboard yang dicat kat bahagian atasnyer dengan cat kapur supaya mendapat tekstur yang menarik.

adeh.. banyaknyer keje... tapi apakan daya, Assignment tetap assignment. kene la buat jugak.

Pasal Mini project, Saya kene bincang, dan buat satu pelan untuk satu aktiviti (apa apa jenis aktiviti) untuk minggu kelima pembelajaran, aktiviti tu mestilah bertepatan dengan subjek, dan course yang diambil.

Dalam perancangan nie, ada banyak la idea yang datang, Ade nak pergi Zoo la, Ade nak pergi Ampang point, Ada yang nak pergi Bukit belacan, macam macam lagi la.. tapi kiterang dah decide untuk pegi ke Sunway lagoon. Perbincangan seterosnyer akan diadakan pada kelas kelas akan datang.

adeh.. demam demam.. kenape la ko kene datang sekarang, =P.. okei arr.. arep nak rehat dlu. good night. =3

Isnin, April 06, 2009

Hari Persembahan.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu dah pon tiba, Ceh, tak tunggu pon.. saje je.. Tapi, Betol la, Hari presentation dah tiba, dan kebanyakan pelajar yang mengambil subjek Illustrasi hari nie agak ketakutan, sebab kekurangan idea dan tak ready lagi nak present. Sebab tempoh pemberian assignment, dan tempoh presentation hanya 4 hari je. Kesian kiterang kan...

Apa Apa pun, Kami semua dah lakukan yang terbaik, dan berikut merupakan berberapa tips untuk membuat presentation dengan baik(berdasarkan pemerhatian saye) =P
  1. Jangan lupa Save sebagai format yang boleh dibaca oleh komputer yang disediakan.

    ade banyak gak la cabaran ketika membuat presentasi nie, antaranya mungkin, komputer yang disediakan ialah Windows XP, dan menjadi masalah plak la kalo korang ada komputer yang lebbih canggih ( Vista, Mac Dll) =P, Jadi untuk kepentingan bersama, Pastikan File yang korang save tue, boleh dibaca kat komputer yang lebih lama

  2. Jangan gunakan teks yang banyak.

    Dah jadi macam trend pulak bila seseorang tue buat teks bebanyak kat skrin, Bukannya apa, Kite fikirkan secara logik la kan, Kalau teks banyak, Dan dimuatkan pulak dalam satu slide, memang sakit la mata orang yang nak mendengar, dan ianya memberikan mindset kepada Pensyarah yang korang bukannya "Karang" teks tu sendiri, tapi copy-paste dari Wikipedia, pastu translate jer.

  3. Jangan baca dari Skrin

    Dah la teks kat skrin tu banyak, Presenter tu plak baca dari skrin. apa yang akan terjadi, Orang yang duduk kat barisan belakang akan tidur... Plan presentation tu dengan baik, Pastikan siapa baca apa, Cuba hafal fakta fakta yang penting, dan yang paling penting, Cuba untuk tidak membaca dari skrin.. Nie bukannya pertandingan "mari membaca"

  4. Gunakan warna yang Harmoni dan Font yang Jelas

    Kita semua tahu, Perempuan suka kepada warna Pink, Lelaki plak suka warna Merah pekat, Mungkin Si Ahmad, suka warna Biru Cair, Si Ah Chong plak suka warna Hijau daun pisang. Tetapi untuk presentation, Warna bukanlah sesuatu yang penting, Cube la gunakan warna yang harmoni, dan bukan warna yang kontra. Gabungan tulisan Courier bersaiz 9 pt, berwarna Pink, dan background berwarna biru cair, mungkin akan memberikan sahabat sahabat anda Kanser mata tahap ke-5.
Dan, setakat nie je la blog arep pada hari nie, lagi 2 ari, ade kuiz plak.. uishhh.. harap harap la arep berjaya ehk.

Ahad, April 05, 2009

Acrylics, Arang, dan Presentation

Minggu Kuliah dah pon bermula, Dan mcm biase lar, Akan ada Presentation yang menyakitkan kepale pelajar pelajar, tapi bagi arep, tue semye biase larr, tak heran pon. Skang nie bebudak DRG batch arep da ada 3 - 4 assignment dalam tangan. Um, Jab, arep bube ingat balek...

Assignment pertama pasal Acrylics. Apekebendenyer tue?, Acrylics nie salah satu medium yang digunakan dalam lukisan, senang citer ianya sejenis cat air lar... gitu la lbh kurang. Nak cakap susah, takla susah sangat, Cuma time melakarlakn lukisan tu, agak mencabar la, sebab ianya memerlukan kesabaran dan kuasa kosentrasi yang melampaui batas (Cheewah), heheheee dan part yang paling best ialah ; arep da siapkan da pon assignment nie, Tinggal nak hanta jer.

Assignment kedua plak pasal Charcoal, atau Arang, Senang je kan. Memang senang pon, Senang giler. rase cam tak percaye jer kesenangan ditahap maksima tue. Menurut satu sumber yang bleh dipercayai, arep dapat chapter yang paling senang la berbanding chapter chapter yang laen. hehee.. tapi masalahnyer, arep blom siap lg assignment nieh, ye la, nak kene wat research pastu nak kene wat pembentangan, plak tu, team member arep xde charger... kene la cube buat kat komputer arep nie.. hehehe

Kei arr.. rasenyer tu je la kot, hak hak hak

Nama saya arep.

dan saya bosan. dan taktaw nak wat aper... hurrrrrr =P

Sabtu, April 04, 2009

Hakcipta Terpelihara.

Hakcipta terpelihara, Ariff Razalin 2005 - 2009, Semua benda didalam blog nie ialah hak milik tuan asal, melainkan diberitahu pemiliknya, Saya Tidak akan bertanggungjawab diatas segala apa artikel, bahan, objek, komen, gambar, cerita, makanan, gosip-gosip peribadi, dan sebagainya, yang disalahgunekan diatas kepentingan diri sendiri.

Jumaat, April 03, 2009

Saya Ariff Razalin


Saya Ariff Razalin.. first skali, mesti anda tertanya tanya, siapa la mamat nie.. dah la tak hensem, banyak cakap plak tue.. Nama Saya Ariff Razalin, Seorang pejalar Rekabentuk Grafik dari Ampang, Tujuan utama saya buat blog nie ialah untuk berkongsi cerita dan kehidupan saya , disamping untuk berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara, dari perspektif seorang pelajar... Cam boring jerr. ha'ah kan.. tapi ape bleh buat,... terima je la dengan hati terbuka =P

Sebagai seorang Pelajar, Cabaran paling perit yang mesti ditempuhi ialah camna nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Camna nak belajar, camna nak biasakan diri dengan assignment yang menimbun. Ikuti pengembaraan saya menempuhi hidup yang penuh mencabar, Hanya di www.sayaariffrazalin.blogspot.com

(Waaah.. mcm iklan kat dalam TV jer plak.. Jangan risau.. saya bukannye rajin sangat update blog, apa yang anda baca td cume gimmick jer =P )