Khamis, April 09, 2009

Demam dan Kuiz

Adoi. Dahlah kepala sakit, ari nie ada kelas plak tue, rasa cam berganda-ganda plak kesakitan yang dirasai, Tapi, apa-apa pon, kelas tetap kelas, nak wat camne kan.. sian saye.

Selain dapat menjawab kuiz yang diberi dalam keadaan yang -agak- tenang, saye juga ada menerima tugasan yang baru, dan Mini project untuk subjek Perniagaan.

Cerita pasal assignment dulu, Okei lar, Saya ditugaskan untuk memilih satu subject matter, Atau satu objek, untuk dilukis menggunakan charcoal, atau arang.. yep. Objek tu pulak, mestilah berasaskan tumbuhan, dan menarik, Tumbuhan-tumbuhan yang biasa, cam Bawang, Halia, Lobak, dah mestilah tak boleh.. jadi.. memang susahla nak memikir dan mencari sesuatu yang unik, dan (tak) senang dilukis.

Hmmm.. rasenyer nie la assignment pertama yang menggunakan arang, tapi, ada lagi satu masalah yang besar. Kitorang takleh pulak lukis atas kertas biasa, kertas tu mestilah berukuran A1, dan bukan kertas pon, tapi satu kadboard yang dicat kat bahagian atasnyer dengan cat kapur supaya mendapat tekstur yang menarik.

adeh.. banyaknyer keje... tapi apakan daya, Assignment tetap assignment. kene la buat jugak.

Pasal Mini project, Saya kene bincang, dan buat satu pelan untuk satu aktiviti (apa apa jenis aktiviti) untuk minggu kelima pembelajaran, aktiviti tu mestilah bertepatan dengan subjek, dan course yang diambil.

Dalam perancangan nie, ada banyak la idea yang datang, Ade nak pergi Zoo la, Ade nak pergi Ampang point, Ada yang nak pergi Bukit belacan, macam macam lagi la.. tapi kiterang dah decide untuk pegi ke Sunway lagoon. Perbincangan seterosnyer akan diadakan pada kelas kelas akan datang.

adeh.. demam demam.. kenape la ko kene datang sekarang, =P.. okei arr.. arep nak rehat dlu. good night. =3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan