Ahad, Mei 09, 2010

Website / Blog Baru


kepada kengkawan yang dihormati sekelian,

arep nak bgtaw, arep da mulekan website / blog baru. addressnyer kat bawah nie

http://arrwulf.freehostia.com/

tapi nie bukanlah maknenyer arep akan delete account blogger nieh, atau tak log-in facebook dah, arep cume akan lebih banyak post kat website tu sebab nak buat persiapan untuk semester Projek, 2 sem akan datang. nie secara tak langsong akan memudahkan arep membuat proses dokumentasi, serta nanti arep dapatla membiasakan diri serta mempermudahkan Proses, nak siapkan Projek nanti.

Ape2 pon, harap korang dapat menyokong terus usaha arep. ^^,

Isnin, April 12, 2010

Sekotak Pensel Warna, Seribu Cerita Berbeza

Arep ingat lagi, masa arep darjah 2. arep ada satu buku, dan dalam buku tu penuh dengan lukisan arep, Penuh dengan warna warni pensel warna Luna. boleh dikatakan la setiap hari, mesti ada satu benda yang arep lukis, dan penuhkan dengan apa yang arep nampak, ape yang arep buat, ape yang arep impikan...

dan pada suatu hari, parents arep belikan arep satu set magic pen. kalo korang ingat, benda tu macam marker, tapi lebih powerful dan datang dalam pelbagai warna.. arep seronok sangat dan arep kagum melihat warna warna yang lebih pekat dan menarik perhatian. Kotak pensel warna arep tu arep cuma campak kat tepi, tinggalkan dier keseorangan.

 sekadar gambar hiasandan arep pon melukis menggunakan magic pen yang baru tu, dekat dalam buku latihan arep. dan apa yang terjadi? dakwat pen tu tembus dan merosakkan lukisan lukisan arep yang lain. semua harapan, kenangan, dan impian yang arep lukis tu rosak macam tu aje. dan arep pon menangis berlari lari kat mak arep.

Masa tu, mak arep cuma tenangkan arep, dan suruh arep beli buku latihan baru, dan mulakan semula buku lukisan yang baru..

Perkara tu mengajar arep sesuatu. Kadang kala, apa yang kita usahakan selama ni boleh musnah sekelip mata je disebabkan satu perkara kecik. dan bila hasil kerja kita dah rosak, kita tak boleh buat apa apa, Tetapi kita boleh memulakan sesuatu yang baru, dengan dorongan orang yang kita sayang.

hari ni, arep terjumpa balik kotak pensel warna arep masa sekolah rendah dulu. walaupun hanya kotak kecik, dan harganya tak mahal, dengan pensel pensel warna tu ler arep mula melukis.

Rabu, Februari 24, 2010

Tanya Sama Pokok, Apa sebab goyang.

kenapa kita nak bertanya pada pokok kenapa dia goyang? tanya diri kita sendiri kenapa kita goyang
Kite takleh percaya cakap sesiapa. Lebih2 lagi pokok. Kite cume bleh percayakan diri kita sendiri, bahawa kita boleh berdiri teguh
bayang bayang bukanlah refleksi imej kita. Orang cakap, cermin diri kite dulu. kenapa nak cermin? lopak air kan banyak tepi jalan.
Tugasan yang diberikan, kite bua. walaupun taknak. lakukanlah dengan hati yang ikhlas, walaupun diri kita jugak yang terkena
kalau kita ikhlas. nanti kite gak yang akan heppi selamanya. btol ak? duduk kat wad gile bagus ape.. ade orang mandikan, ade orang bagi makan, ade orang sayang kat kite. dan kite takyah risau pasal dunia diluar yang sentiasa mengejar 'ke-machoan'

Pengajaran dari cerita ini:

Jika anda berhanpiran dengan orang gile,
Anda pon bleh jadi gile...

Sabtu, Januari 30, 2010

DRG PTPL AMPANG @ Facebook

Arep baru je buat Group kat Facebook untuk pelajar2 DRG PTPL Ampang. harap harap dapat sambutan ler, sebab kite semue nie memang jarang buat aktiviti..

Selain tu, arep plan untuk jadikan group nie tempat untuk membincangkan hal hal mengenai Grafik, Event Event, Pertandingan serta tempat share note untuk kite semua

diharap dengan adenyer group nie, kite semue lebih mengenali antara satu sama lain, disamping dapat informasi tentang event2 yang akan datang..

arep da invite semue yang arep kenal, dan harap harap diorang plak akan invite kawan2 diorang plak.. hehehe.. lama 2 SISE mesti akan jadi lebih membangun daripade SHS & SBMP, Amin...

So, ape lagi, kalo korang bebudak DRG , join le yerk.. address nyer kat sinie : http://www.facebook.com/group.php?gid=280108423290

Ahad, Januari 24, 2010

Cerita Pangkor (Part 1)


"A picture is worth a thousand words" kata mat salleh zaman 80-an, menunjukkan betapa berharganya sekepinggambar tue... Dan arep masih ingat lagi, Masa Arip belajar Fotografi berberapa Semester lepas, Lecturer fotografi arep, Cik Roslita, ada tanya kat kelas, "Kenapa kita nak tangkap gambar?".. Arep harap kita semua akan dapat jawapan tu lepas korang baca blog arep nie daripada start sampai la habis.

Plan nak pergi ke pangkor nie dah di ura-urakan sejam bulan 11 lagi oleh En. Ahmad Nazrin dan En. Ady, time tu semue tengah heppi menunggu ketibaan loan PTPTN yang sedang kian hampir tiba, Disebalik kegembiraan tu, kitorang gak terpaksa membahagikan masa dengan Final exam yang hampir Tiba.. Dan pada 21 Januari, Impian itu dapat direalisasikan, dan disinilah permulaan untuk cerita kami pada tahun ini.

Tepat jam 10:30 malam, hari khamis, 21 Januari, Kami dah stand-by kat perhentian bas Puduraya. Siap dengan barang barang semua.. ada yang bawak periuk nasik, ada yang bawak cerek elektrik, dan arep plak, bawak seterika. Bukan apa, ada yang kata nak gosok tudung time kat Pangkor nanti kan. Tambah tolak, semua barang barang kitorang boleh dikatakan mencecah 8 kilogram semuanya!. Hentian puduraya yang dahulunya terkenal dengan kawasan tempat tidur awam, kini dah berubah menjadi sesuatu yang besh dan mewah.. tengok je la tempat tunggu bas dier.. Kosong, dan kalo kite nyanyim gerenti satu hall dengar...

Selepas menanti selama 2 jam setengah, bas yang kitorang naiki, Transnasional, sampai la kat hentian puduraya tue... Sebelum tu ade gak cadangan nak naik Sani Exspress, tapi cadangan tu dibantah serta merta. Bas tu mulanya agak kosong, tapi lepas sampai kat Hentian duta, barulah mule dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan personaliti. Contohnya gambar warga Bangladesh yang arep tangkap nie. (hehehe jangan marah ye) Suhu purata didalam bas tu boleh dikatakan lebih sejuk dari peti ais kat rumah arep la.. dah tutup Air-Cond, pastu Pakai Sweater, korang akan tetap mengigil... pada waktu nie, ramai la yang sedang lena dibuai mimpi kering. Perjalanan pon diteruskan tanpa satu tempat rehat, sehinggalah ke Jeti Lumut.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam tue memang betol betol menginsafkan, kerana ada insan insan istimewa yang tak tahu camne nak 'silent'kan henpon diorang... Pastu bergayut macam diorang bayar caj lebih utk bas tu. jadi Morak kepada dik adik yang dihormati, Sile Silentkan Henpon anda jika anda menaiki bas ekspress pada jam 12 malam.

Setibanya di Jeti Lumut, kami terus menuju ke satu tempat, Kedai makan. Makanan kat situ memang sedap sedap belaka.. arep meng-order Mee Goreng, ngan Kopi-O-Ais.. cume satu benda jerr yang arep tak puas hati... Kopi Ais dier rasa Axion. Memang menyegarkanla.. Kopi secare semule jadinya mengandungi anti oksidan,



Jadi, Untuk menghabiskan masa yang terluang, kiterang menajamkan lagi skil-skil fotografi yang lama terpendam, Kiterang buat video, tangkap gambar gambar daripada angle yang tak masuk akal, dan yang paling besh skali, kiterang buat jeti lumut tu macam kitorang ounyer. buat bising, nyanyi nyanyi, kutuk kutuk, dan sebagainyerr... Gambar gambar tu korang bolehlah tengok dalam album Pangkor kat Facebook Arep.





Kiterang berjaya membeli tiket paling awal, iaitu pada pukul 7 pagi. itu pon selepas Fuad berjaya Mengayat Kakak yang jual ticket tu... hehehe.. jahat punyer Fuad.. aku repot kat Dila nanti.. baru kau taw... mwahahha. Kat atas kapal tu, kiterang cume duduk2 menikmati bayu pagi. lihatlah rambutku yang terapong2 tue.. =P..



Perjalanan menaiki bot tu mengambil masa dalam 45 minit, dan sampai je kat jeti Pangkor, kiterang kena pulak naik van yang berharge RM15 untuk menuju ke hhotel kiterang iaitu Pangkor Bayview Resort...

Rasenyer sampai sinie je la arep bole cerita... Banyak lagi gambar yang anda boleh tengok kat Album Pangkor Kat facebook, Skang arep bagi preview apa yang akan ada untuk Post arep yang akan datang iaitu Cerita Pangkor (Part 2)

pangkor Bayview Resort : Dari dalam sampai keluar

Misteri di Pantai Teluk Nipah



Arep di Swimming pool : Boleh ke dier berenang?

Jumaat, Januari 08, 2010

5 alasan yang kite selalu dengar bila 'mulut kata taknak, hati kata nak'

Baru baru nie. ada la benda yang berlaku di Kolej HEEDEEHEEBELL HAMPANH (tau la kolej mana kan =P) , yang melibatkan berberapa orang pelajar. Kumpulan pelajar-pelajar ini ditanya satu soalan. dan mereka hanya ada 2 jawapan. Ya atau Tidak . hati mereka mahu berkata YA. tetapi disebabkan ego yang terlalu tinggi. mereka meng-cover jawapan mereka supaya ianya berbunyi tidak...

Untuktidak meng-aib kan sesiapa.. Ilustrasi wajah mereka telah di-randomkan supaya tidak menyerupai wajah sebenar. malah soalan itu telah ditukar menjadi " Adakah korang nak makan nasi?" . mari kita lihat. bagaimana mereka menjawab soalan tersebut.






Ape yang arep nak ceritakan disini ialah. Tak salah kalau kita mengaku yang kita nak makan nasik. Takde la bermakna kita nie kelaparan, atau kita nie dah kenyang. Sahabat sebenar kita takkan marah, atau pandang rendah kat kita kalau dia tau kita makan nasik. malah, dia akan sokong 100% dan sentiasa Back-Up kite time kita makan nasik.

Arep rase heppi sangat sebab member member arep okay je arep nak makan nasik. tapi mengapa segelintir pelajar nie pikir bahawa 'nak memakan nasik' tu benda yang memalukan, tapi sebenarnya dalam hati diorang nak jugak. (kalo diorang betol2 taknak, mesti diorang tak pergi lori kan? )

p/s : perkataan "Nasik", "Makan nasik"dan sebagainya sebenarnya bermaksud sesuatu. Fikir fikirkanlah.

Ahad, Januari 03, 2010

10 bende yang Arep akan buat sebelum 'orang tersayang' balek Malaysia