Ahad, Januari 24, 2010

Cerita Pangkor (Part 1)


"A picture is worth a thousand words" kata mat salleh zaman 80-an, menunjukkan betapa berharganya sekepinggambar tue... Dan arep masih ingat lagi, Masa Arip belajar Fotografi berberapa Semester lepas, Lecturer fotografi arep, Cik Roslita, ada tanya kat kelas, "Kenapa kita nak tangkap gambar?".. Arep harap kita semua akan dapat jawapan tu lepas korang baca blog arep nie daripada start sampai la habis.

Plan nak pergi ke pangkor nie dah di ura-urakan sejam bulan 11 lagi oleh En. Ahmad Nazrin dan En. Ady, time tu semue tengah heppi menunggu ketibaan loan PTPTN yang sedang kian hampir tiba, Disebalik kegembiraan tu, kitorang gak terpaksa membahagikan masa dengan Final exam yang hampir Tiba.. Dan pada 21 Januari, Impian itu dapat direalisasikan, dan disinilah permulaan untuk cerita kami pada tahun ini.

Tepat jam 10:30 malam, hari khamis, 21 Januari, Kami dah stand-by kat perhentian bas Puduraya. Siap dengan barang barang semua.. ada yang bawak periuk nasik, ada yang bawak cerek elektrik, dan arep plak, bawak seterika. Bukan apa, ada yang kata nak gosok tudung time kat Pangkor nanti kan. Tambah tolak, semua barang barang kitorang boleh dikatakan mencecah 8 kilogram semuanya!. Hentian puduraya yang dahulunya terkenal dengan kawasan tempat tidur awam, kini dah berubah menjadi sesuatu yang besh dan mewah.. tengok je la tempat tunggu bas dier.. Kosong, dan kalo kite nyanyim gerenti satu hall dengar...

Selepas menanti selama 2 jam setengah, bas yang kitorang naiki, Transnasional, sampai la kat hentian puduraya tue... Sebelum tu ade gak cadangan nak naik Sani Exspress, tapi cadangan tu dibantah serta merta. Bas tu mulanya agak kosong, tapi lepas sampai kat Hentian duta, barulah mule dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan personaliti. Contohnya gambar warga Bangladesh yang arep tangkap nie. (hehehe jangan marah ye) Suhu purata didalam bas tu boleh dikatakan lebih sejuk dari peti ais kat rumah arep la.. dah tutup Air-Cond, pastu Pakai Sweater, korang akan tetap mengigil... pada waktu nie, ramai la yang sedang lena dibuai mimpi kering. Perjalanan pon diteruskan tanpa satu tempat rehat, sehinggalah ke Jeti Lumut.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam tue memang betol betol menginsafkan, kerana ada insan insan istimewa yang tak tahu camne nak 'silent'kan henpon diorang... Pastu bergayut macam diorang bayar caj lebih utk bas tu. jadi Morak kepada dik adik yang dihormati, Sile Silentkan Henpon anda jika anda menaiki bas ekspress pada jam 12 malam.

Setibanya di Jeti Lumut, kami terus menuju ke satu tempat, Kedai makan. Makanan kat situ memang sedap sedap belaka.. arep meng-order Mee Goreng, ngan Kopi-O-Ais.. cume satu benda jerr yang arep tak puas hati... Kopi Ais dier rasa Axion. Memang menyegarkanla.. Kopi secare semule jadinya mengandungi anti oksidan,



Jadi, Untuk menghabiskan masa yang terluang, kiterang menajamkan lagi skil-skil fotografi yang lama terpendam, Kiterang buat video, tangkap gambar gambar daripada angle yang tak masuk akal, dan yang paling besh skali, kiterang buat jeti lumut tu macam kitorang ounyer. buat bising, nyanyi nyanyi, kutuk kutuk, dan sebagainyerr... Gambar gambar tu korang bolehlah tengok dalam album Pangkor kat Facebook Arep.





Kiterang berjaya membeli tiket paling awal, iaitu pada pukul 7 pagi. itu pon selepas Fuad berjaya Mengayat Kakak yang jual ticket tu... hehehe.. jahat punyer Fuad.. aku repot kat Dila nanti.. baru kau taw... mwahahha. Kat atas kapal tu, kiterang cume duduk2 menikmati bayu pagi. lihatlah rambutku yang terapong2 tue.. =P..



Perjalanan menaiki bot tu mengambil masa dalam 45 minit, dan sampai je kat jeti Pangkor, kiterang kena pulak naik van yang berharge RM15 untuk menuju ke hhotel kiterang iaitu Pangkor Bayview Resort...

Rasenyer sampai sinie je la arep bole cerita... Banyak lagi gambar yang anda boleh tengok kat Album Pangkor Kat facebook, Skang arep bagi preview apa yang akan ada untuk Post arep yang akan datang iaitu Cerita Pangkor (Part 2)

pangkor Bayview Resort : Dari dalam sampai keluar

Misteri di Pantai Teluk Nipah



Arep di Swimming pool : Boleh ke dier berenang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan