Sabtu, Ogos 29, 2009

5 Minit Yang Lepas

"Masa itu Emas"
"Siapa cepat, Dia dapat"
"Sediakan payung Sebelum hujan".
Kita takboleh kata bahawa kita tak pernah dengar peribahasa peribahasa camni. Semasa Kita kecik, Kita sering diingatkan tentang masa. masa yang terbuang, masa yang tidak akan berhenti, Dan masa yang kita abaikan. Mungkin Kita tak akan sedar bahawa kita kehilangan sesuatu, sehingga tibanya masa kita memerlukannya.

Kenapa kita sibuk fikirkan tentang masa?. Kenapa kita sering mengukur Masa dengan nombor?. Masa hanya illusi, apa yang ada sebenarnya ialah Betapa cepat atau lambat kita lakukan sesuatu perkara.

Ini la yang membingungkan arep sekarang nie. Arep memang suke tulis blog. Tapi tak cukup masa, Tak ada komputer, tak dapat bahagikan masa untuk tulis blog dengan masa belajar. Sebagai pelajar. kita memang tidak akan lari daripada stress. dan cara untuk mengelakkannye ialah dengan menguruskan masa dengan sempurna. Masa lagi..

Sekarang nie semue student tengah buat persiapan final exam. Bersedia dengan semua ilmu yang dah dipelajari sejak semester bermula. Bersedia hantar report dan Final projek. Bila semua dah settle? Apa kiterang nak buat? bazirkan masa? Relax sampai Sem baru bermula?


Salvador Dali Dalam Lukisannye yang bertajuk "the persistence of time", menggambarkan Masa itu fleksibel. Masa boleh diatur dan masa tu sesuatu yang kita biarkan seeprti suatu yang kita tak perlukan. (dan tak tau la kenapa masa tu dimakan oleh semut =p ). Masa tak boleh dibeli. tetapi masa selalu dibazirkan.


Mungkin apa yang mak kita nasihatkan semasa kita kecik bukan mengenai Harga atau nilai sesuatu masa. Mungkin cikgu kita marah time kita sekolah rendah bukan sebab Kita tak siapkan homework. Mungkin apa yang mereka nasihatkan adalah untuk kita gunakan sekarang. Mungkin?

5 minit yang lepas, Anda mempunyai masa. Tapi anda dah bazirkan untuk baca blog yang tak best nie. 5 minit yang lepas tu tak akan kembali. Sebab ia dah lepas. Dah takda. Dah hilang. Tapi Jangan risau. Kalau ada masa, Arep akan tulis lagi blog (sekarang da semangat sket sebab ramai kawan arep kat kelas ade blog... nie yang jeles nie =p)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan