dan pada suatu hari, parents arep belikan arep satu set magic pen. kalo korang ingat, benda tu macam marker, tapi lebih powerful dan datang dalam pelbagai warna.. arep seronok sangat dan arep kagum melihat warna warna yang lebih pekat dan menarik perhatian. Kotak pensel warna arep tu arep cuma campak kat tepi, tinggalkan dier keseorangan.
Masa tu, mak arep cuma tenangkan arep, dan suruh arep beli buku latihan baru, dan mulakan semula buku lukisan yang baru..
Perkara tu mengajar arep sesuatu. Kadang kala, apa yang kita usahakan selama ni boleh musnah sekelip mata je disebabkan satu perkara kecik. dan bila hasil kerja kita dah rosak, kita tak boleh buat apa apa, Tetapi kita boleh memulakan sesuatu yang baru, dengan dorongan orang yang kita sayang.
hari ni, arep terjumpa balik kotak pensel warna arep masa sekolah rendah dulu. walaupun hanya kotak kecik, dan harganya tak mahal, dengan pensel pensel warna tu ler arep mula melukis.



